1st time tournament tu ari jumaat 27 May, awal pagi lagi dah terpacak kat situ takut kene marah dengan pengurus punya pasal kan haha. pagi tu pulak hujan lebat, banyak match kena tunda. mula2 pihak penganjur nak buat sepakan penalty je sebab hujan. memang cari nahas la, ramai gile kot tak puas hati kalau main penalty je. bayar, bayar dah, tapi main penalty je sape nak kan. last skali nasib baik la tak jadi buat penalty. so jadual perlawanan pun bnyk berubah. kiteorang dijadualkan main pukul 11am. terpaksa la tunggu kan. elok je sampai 11am, dieorang cakap main esok pulak. pergh, tak nak lama pulak kan dok tercanguk kat situ. asal tak inform petang nanti je kan. ni yang nak menyirap ni. nasib baik umah sewa ngan putrajaya dekat je kan.
2nd day, kali ni dieorang cakap match start pukul 3.00pm, so tengah hari la baru gerak. sampai je sana, pengurus cakap 2 orang player tarik diri sebab kerja dah la keeper utama pulak tu. so sebagai 2nd keeper, terpaksa la menggalas amanah besar ni hahaha. nasib baik masuk tournament ni fully sponsored hahaha. terima kasih IAB. tunggu punye tunggu. match kiteorang start pukul 9.45pm. perghh memang lama la dok bejalan macam orang ilang rumah kat presint 18 tu hahaha. nasib baik ada hiburan skit. kiteorang dapat court 1 dari 8 court yg dibuka untuk kategori 'Terbuka'. masalahnye kiteorang daftar untuk kategori terbuka, tapi main malam and team lain yg daftar untuk kategori 'Larut Malam' main pagi. dah terbalik terus ni hahaha. malam tu jugak dieorang nak abih kan sampai 5th round yg menentukan johan court. dalam 1 court ada 4 group, dalam 1 group ada 3 team. ha, paham ke tidak ni hahaha. dieorang amik 8 juara court untuk peringkat suku akhir and sume yang dapat jadi johan court dah confirm bawak balik duit.
Grouping : menang 2-1
seri 1-1
so, team kiteorang johan group n masuk 2nd round n seterus nyer. result die :
2nd round : seri 2-2 (menang penalty 3-2)
3rd round : menang 2-1
4th round : menang 3-0
lepas tu je kiteorang masuk 5th round. time ni lawan kami 'Bertam Ulu'. perghh, team ni pernah wakil Malaysia ke South Africa kot tahun lepas. memang mental down la. 5th round ni gak la penentu johan court ni. kalau menang hadiah dalam genggaman dah. tapi semua dah cakap memang dah confirm kalah n kiteorang masuk tournament ni pun saje je suka2 n dah cukup berbangga dah sampai tahap ni. result die macam yang dijangkakan la team kiteorang kalah 4-0 ngan Bertam Ulu. kiteorang pun dapat gelaran naib johan court je n cukup berbangga tu hahaha. melayu mudah riak kan haha.
1st time masuk tournament besar dengan member genting dah sampai peringkat ni. gembira gile rasanye hahaha. hurm, macam membosankan pulak entry ni kan, sorry mengganggu yea. cite ni membuat kan pengalaman yang menarik la hahaha. sorry yea kalau bosan.
IAB FC
Nawa, Yob, Rentong, Uzai,
Rentang, Dekyol, Wan
No comments:
Post a Comment