Wednesday, January 26, 2011

Saya Sakit Apa?

hello.yes hello again.since dah kama tak mengarang now is the time.not aperfect time tapi oke lar, boleh lar curi2 masa sikit.since im working on something else.

so SAKIT.its my fault bila benda ni jadi sangat serius sekarang ni.ada dua kemungkinan 1 asma 1 lagi jantung.tapi both ada perbezaan.kita cerita tentang asma dulu oke.

so asma.apa tu asma? Penyakit Asma atau lelah merupakan penyakit immunologi yang menyebabkan kesukaran bernafas. Ini adalah kerana ketika pesakit diserang asma, keradangan dan spasma pada selaput dinding laluan udara menyebabkan bronkiol di dalam paru-paru menjadi sempit. Pesakit asma mungkin mengalami pernafasan bersiul (wheezing), sesak nafas, dan sukar untuk bersenam.Ketika otot mengejang, saluran udara mengecil dan menghalang pernafasan. Apabila ini terjadi,paru-paru akan berkurangan udara. Akibatnya, pesakit boleh pengsan.

so what is acttually happening to me ada lar jugak kena mengena contohnya kesukaran untuk bernafas & pengsan.now let us look at sakit jantung.

so jantung.apa tu sakit jantung? Sakit dada merupakan simptom yang paling kerap berlaku kepada pesakit. Pesakit akan mengadu sakit di bahagian dada sama ada ditengah atau di sebelah kiri.Selalunya jika sakit tersebut tidak serius, ia cuma mengambil masa yang singkat untuk lega. Sama ada 5 minit hingga 10 minit. Tetapi sekiranya sakit tersebut serius ia boleh mengambil masa lebih dari 20 minit.Sakit dada boleh berlaku semasa melakukan aktiviti mahupun berehat. Sekiranya sakit tersebut berlaku semasa melakukan kerja-kerja berat, penyakit tersebut tidak seteruk apabila pesakit mengadu ketika rehat.Tetapi tidak semestinya pesakit yang mengadu sakit dada mengalami masalah jantung. Mereka juga boleh mengalami masalah saluran makanan seperti esophagus atau mengalami masalah gastrik di mana simptom tersebut menyerupai seperti sakit jantung.Terdapat juga pesakit yang tidak mengadu sakit dada, tetapi mempunyai simptom-simptom lain seperti dibawah. Mereka berkemungkinan mempunyai sejarah kencing manis di mana saluran saraf rasa (sensation) sudah rosak.

Mereka juga sering mengalami sesak nafas terutama apabila mereka melakukan aktiviti. Penyakit jantung boleh menjadi semakin serius sekiranya mereka mudah mengalami sesak nafas walaupun melakukan kerja-kerja ringan. Malah untuk menaiki tangga atau pergi tandas sekalipun mereka boleh mengadu sesak nafas.Mereka juga boleh mengadu sakit dada pada waktu yang sama mahupun pada waktu yang berlainan.Pesakit yang mengalami jantung gagal berfungsi ( cardiac failure), mereka sering menggunakan dua atau lebih bantal untuk tidur. Jika tidak mereka mudah untuk sesak nafas. Kadang-kala mereka boleh terjaga secara tiba-tiba pada waktu malam disebabkan kesukaran untuk bernafas.

Sering berlaku diwaktu malam ketika tidur sehinggakan terpaksa menukar pakaian berkali-kali. Ia juga boleh berlaku tidak kira waktu.ada dua lagi simton macam bengkak kaki dan berdebar2.tapi semua tu tak berlaku lagi lar so far.

so kalau ikutkan benda yang betul adalah seperti sakit jantung tapi macam asma pun ada.tapi tu belum campur simpton tiba2 nafas terhenti.macam mana tu? so faktor selebihnya tentang apa yang Opie alami ni macam lebih kepada JANTUNG.tu yang nak kena pegi IJN tu.tapi tak pegi2.untuk maklumat lanjut tentang JANTUNG <-- klik sini!!


hopefully Opie sihat je takde sakit2.insyaallah. XD

No comments:

Post a Comment