Sunday, April 24, 2011

Sophie Bt. Azhar

         Sophie bt Azhar, sejak ku mengenali mu kahidupan ku semakin berubah. baru ku rasa nikmat dunia ini. bnyk yang telah ku pelajari dari mu. aku sedar diri ku ini tidak sesuai untuk mu. tetapi aku cuba untuk mengenali mu dengan lebih rapat sejak tanggal 15 Oktober yang lalu. kini perhubungan kita sudah mencecah 6 bulan 8 hari. walaupun 6 bulan ini boleh dikatakan singkat masa nya, tetapi ku rasakan seperti telah mengenali mu sejak kecil lagi. pelbagai perasaan telah ku kongsi bersamamu. perasaan sedih, hiba, menangis, sayang, gembira, ketawa dan macam2 lagi. tetapi semua kenangan ini memberikan ku kenangan yang tidak dapat ku lupakan sehingga ke saat ini dan semua ini memberi kan memori bahagia buat diriku. aku tidak sanggup merasakan kehilangan mu. walaupun kita tidak boleh menjadi pasangan kekasih seperti orang lain, aku tetap berbangga dan gembira kerana kita dapat mengenali diri masing2 dengan rapat. kehilangan suara mu di atas muka bumi ini semenjak 10.00 pagi tanggal 23 April membuatkan kitaran hidup ku menjadi kucar kacir. hanya khabar dari mu sahaja yang dapat membantu ku buat masa ini. perasaan ku kini susah digambarkan dan hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui betapa perit nya saat ini. biar la orang nak kata apa pun tentang susunan ayat ni, jiwang mahupun poyo, janji nadi mu sentiasa berdetik tat kala ku sentiasa menunggu kepulangan mu dan perasaan ku ini tidak dapat nak disembunyikan lagi bagai dipukul ombak tsunami. aku akan sentiasa mendoakan segalanya untuk mu. bangkit la Sophie bt Azhar agar hidup kami dapat disinari lagi dengan suara dan karenah mu.

No comments:

Post a Comment