Thursday, April 26, 2012

Melankoli Sang Hati

menarilah jari!
tarikan sekian hati lara.
pada segala awan kebencian.
pada setiap hujan kepedihan.

tari biar gemalai.
maka sang penonton bersorak takjub.
sangkanya molek ditepuk pula tangan.
walhal hati tercemar duri.

perbetul sanggul kamu.
usah ingkar wahai mahkota hitam.
jemari, kisahkan yang terang.
diamkan yang malap.

tapi aku tak bisa, bangsat!
masakan mungkin ditari wajah cengeng?
sedang bahasa pun tersongsang
apa lagi membelit yang hak.

melankoli sang hati.
tapi jemari yang remang.
sebutan puisi ini hambar.
persetanlah kau jari-jari bodoh.

aku sebenarnya di kejauhan.
membungkus diri dari dunia.
kerana aku takut berdekat.
yang mana pasti tak selamanya.


- Fynn Jamal -

No comments:

Post a Comment